Saturday, July 5, 2008

Adakah tuduhan LIWAT itu betul?

Minggu ini sememangnya hangat, terutama kepada semua yang ingin tahu adakah ini semua konspirasi seperti tahun 1998 atau tidak. Persoalannya ialah, adakah rakyat akan percaya jika ianya betul? Penyokong2 tentunya akan menuduh kerajaan untuk cuba menjatuhkan penasihat (atau "advisor") itu dengan apa2 cara sekali pun. Bagi saya, biarlah pihak berkuasa menyiasat dan mengkaji tuduhan itu. Konsep berani itu benar penting dan tak payah nak lari lintang pukang sini sana kerana kononnya diugut. Masyarakat umum juga perlu ingat keputusan yang dibuat oleh 2 dari 3 hakim dalam kes penasihat satu dekad dahulu.

Persiapan sedang dibuat untuk mengumpul satu juta rakyat esok di Petaling Jaya untuk memprotes harga minyak yang telah dinaikkan baru2 ini. Terpulang kepada rakyat untuk menghadiri atau tidak. Hak berkumpul dan demonstrasi sememangnya sebahagian dari sistem demokrasi. Kita cuma perlu ingat bahawa setiap tindakan perlu dikawal dan jika dibuat diluar batasan, kita perlu berani menerima akibatnya. Tak payah marah2 tentang harga minyak, bukankah DSAI kata beliau akan jadi PM bulan Sept ini dan akan menurunkan harga minyak?

Begitu juga dengan orang UMNO. Orang UMNO perlu fokus dan mengingatkan diri bahawa sandiwara ini sementara sahaja. Biarlah pihak berkuasa menyiasat. Kita perlu ingat bahawa sokongan dan kepercayaan rakyat semakin kurang. Ekonomi semakin meleset, bekalan makanan seluruh dunia dalam keadaan kritikal kerana kekurangan bekalan, penggunaan tanaman untuk biodiesel dan sebagainya. Nilai mata wang Amerika semakin merosot dan ini akan menjejaskan perdagangan antarabangsa. Harga minyak mungkin akan melonjak ke paras US 200 setong. Jika kerajaan tidak mengambil langkah untuk memantapkan ekonomi, tidak mustahil kita akan kalah dalam PRU-13. Bagi saya, kepimpinan amatlah penting. Kepimpinan BN bermula dari kepimpinan UMNO. Kepimpinan UMNO akan ditentukan oleh perwakilan bahagian ke Perhimpunan Agong. Perwakilan bahagian ditentukan oleh ahli2 UMNO itu sendiri. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

3 comments:

Anonymous said...

If DSAI is expected to swear in the name of Allah that he did not commit 'liwat', then shouldn't Najib and Rosmah also do the same for the Altantuya case?
Unfortunately that is not the case. Common criminals have to go to court, investigations on UMNO officials involves police visits to their residences and denials in press conferences, and Opposition sins are assumed to be true without proof.
I think KJ also needs to swear by Allah that he has never been involved in any form of shady business dealings.
Eh, are my comments monitored by Kementerian Penerangan???
Then I need to swear by Allah that I bear no ill-will and am loyal to Pak Lah.

opcharlie said...

Adrin Shafil, thanks again for your comments. Perhaps we should get everyone to swear on their business dealings. The dirt from politics is not just on UMNO's side. Young and smart professionals like yourself should participate and make things happen; not just sit on the sidelines.

Anonymous said...

orang yg makan rasuah tak takut tuhan ingat takut ke nak swear by the koran? dont think so