Editor Utama Malaysia-hariini.com
ANWAR Ibrahim tidak perlu menyalahkan sesiapa. Baik polis, kerajaan, UMNO atau sesiapa sahaja apabila dituduh meliwat. Anwar juga tidak perlu menggunakan rakyat jelata sebagai benteng untuk mempertahankan dirinya bagi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan Anwar juga tidak perlu menggunakan pentas ceramah politik ketika ini untuk memutarbelitkan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya dengan menyalahkan orang itu dan orang ini.
Anwar juga tidak perlu menggunakan ataupun mengulangi kembali skrip ucapan lama beliau seperti tahun 1998-1999 dengan mendakwa bahawa ada konspirasi yang sedang dibuat bagi membunuh karier politiknya kerana hari ini rakyat sudah semakin cerdik untuk menilai mana satu cerita bohong dan mana satu cerita benar.
Dan hari ini cakap Anwar masih belum terbukti benar apabila tidak ada seorang pun MP UMNO melompat parti, sehingga hari ini kerajaan Barisan Nasional masih memerintah dan Anwar terus memutarbelitkan segala kenyataan hanya sekadar mahu menyedapkan hati penyokong dan wakil rakyat mereka sendiri. Kononnya mereka akan jadi kerajaan.
Sebagai seorang Muslim yang menganut agama Islam, Anwar ada satu senjata untuk membersihkan diri beliau dari segala tuduhan ini dan bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bersih dan tidak berdosa serta tidak melakukan liwat terhadap Saiful ataupun sesiapa sahaja, Anwar dicabar untuk bersumpah dengan menjunjung kitab suci Al-Qur`an dimana sahaja masjid dalam Negara ini dengan disaksikan oleh semua ulama termasuklah Nik Aziz dan juga Haji Hadi.
Ini sahaja jalan ataupun pendekatan yang boleh menyelamat Anwar daripada segala tuduhan ini dan sumpah tersebut haruslah dibuat perlaksanaannya mengikut tatacara Islam seperti semua orang Islam ketahui. Kalau tidak percaya kepada ulama UMNO, Tanya Nik Aziz, bagaimana sumpah yang benar berlandaskan agama.
Anwar tidak perlu mengheret rakyat. Tidak perlu memohon simpati rakyat untuk tidak mempercayai segala tuduhan terbaru ini. Anwar tidak perlu mencari alasan dengan menjadikan Najib sasaran beliau. Kalau Anwar sememangnya berani dan dilahirkan untuk menjadi pemimpin ataupun Perdana Menteri dalam Negara ini, Anwar juga kena berani menyahut cabaran untuk bersumpah ini dan kita percaya sekiranya Anwar benar-benar tidak berdosa serta bersalah, Allah S.W.T akan menyelamatkan beliau tetapi sekiranya beliau benar-benar melakukan kesalahan tersebut, Anwar dan semua orang tahu risiko ataupun bala yang bakal Anwar terima.
Rakyat telah cukup lama terpedaya dengan segala helah politik Anwar. Rakyat telah lama termakan dengan segala bujuk rayu Anwar ketika meraih undi bagi kepentingan parti serta rakan-rakannya dan Anwar hari ini tidak perlu menggunakan topeng untuk menutup wajahnya sekiranya beliau benar-benar seorang yang bersih daripada melakukan dosa-dosa besar.
Kita kena percaya serta yakin bahawa seandainya kita tidak bersalah, diciptalah segala-galanya untuk mensabitkan, percaya serta yakinlah Allah S.W.T akan menyelamatkan seseorang itu daripada terkena malapetaka.
Dan Anwar harus menyahut cabaran ini.
SOMETHING IS GOING TO HAPPEN TO ERDOGAN
5 hours ago
1 comment:
to simplistic, isn't it? by doing that, will the court cases and police investigations be struck out? i don't think so.
mate, we've got straight faced liars, preching religion and rightousness, while they rape the country. we've got clowns holding fort in temples and mosques, bastardizing our religions while they rob the poor.
too idealistic, this argument from the esteemed editor. he should know better than to lead people off course like this.
they should let up with this race and religion arguments. our country has got too much going on and the last thing we need is some clown trying to use religion as an escape clause.
Post a Comment