Saturday, July 19, 2008

Konvensyen Ekonomi Melayu



Saya baru sahaja menghadiri konvensyen yg telah dianjurkan oleh Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM). Telah banyak konvensyen2 dan forum2 seperti ini diadakan untuk membincang dan mengkaji dasar2 kerajaan untuk memastikan orang2 Melayu tidak ketinggalan dalam arus ekonomi global. Naib Chansellor2 universiti tempatan hadir untuk membincang persaingan dengan universiti2 antarabangsa, kualiti institusi pengajian tinggi di negara ini dan pembangunan modal insan. Ketua2 Eksekutif syarikat2 GLC turut serta membincang status penguasaan ekonomi melayu. Yg pasti, terlampau banyak dasar2 kerajaan yg membantu usahawan2 melayu bersaing dengan bangsa2 lain. Terpulang kepada orang Melayu untuk berusaha dan mencari peluang perniagaan, bukan menunggu kerajaan membuat saranan.

Ketua Eksekutif MATRADE berpendapat bahawa orang2 Melayu perlu ada keyakinan untuk berkecimpung dalam arena perniagaan. Orang Melayu perlu sedar bahawa persaingan bukan sahaja di antara orang2 Melayu, bahkan dengan bangsa2 lain di dalam dan di luar negara. Rangkaian perniagaan perlu diperluaskan dan jgn hanya mengharapkan kerajaan untuk membantu. Usahawan perlu ada inisiatif sendiri untuk berjaya. Ramai usahawan2 Melayu telah berjaya memasarkan produk2 ke luar negara dan sekarang bertaraf global.

Timbalan Presiden Kanan SME bank membuat komen tentang sikap2 usahawan2 Melayu yg leka dalam perniagaan dan tidak memberi perhatian kepada angka (dalam konteks kemas kini akaun) dan perancangan jangka masa panjang.

Komen dari peserta:

1. Pihak bank di Malaysia masih bersikap 'risk-aversed'. Bank2 pembangunan seperti SME dll ditubuhkan utk melonjak perniagaan usahawan2 tempatan. Keuntungan adalah keutamaan yg kedua.

YB Menteri Pertanian pula berpendapat orang2 Melayu di luar bandar masih memerlukan bantuan kerajaan dalam sektor pertanian (saya menyokong pandangan beliau). Jgnlah orang2 Melayu di bandar lupakan bangsa mereka di kampung semata2 kerana mereka telah berjaya. Dasar2 kerajaan seperti DEB masih diperlukan untuk membantu orang2 Melayu yg masih susah. DEB membantu org2 miskin tanpa mengira warna kulit. Yg menjadi persoalan ialah berapa lamakah orang2 Melayu memerlukan bantuan kerajaaan.

Komen dari peserta:

1. Tiada 'follow through' oleh kerajaan. Rata2 dasar yg dibuat semua eloknya. Yg perlu ditekankan ialah 'follow through' (ini komen yg agak biasa didengari). Contoh ialah konsep glokal di mana kita berakarkan nasionalisma tetapi berakal antarabangsa.

2. Datuk Wahab Sidek, Ketua Eksekutif MSWG berkata kerajaan perlu menunjukkan komitmen yg lebih untuk memastikan konvensyen2 ini tidak menjadi gelanggang untuk retorik sahaja. Beliau menyentuh kegagalan KUB dalam menjaga nasib pemegang2 saham koperasi dan tiada 'accountability' apabila sesuatu dasar itu gagal. Beliau juga berpendapat bahawa data2 yg dikumpul dari tinjauan mungkin perlu dipersoalkan. Contoh: walaupun terdapat lebih kurang 30% akauntan yg terdiri dari orang Melayu, tetapi bukan semuanya diiktiraf oleh MIA (Malaysia Institute of Accountants).

3. Konsep FELDA oleh Tun Razak ternyata suatu yg inovatif dan perlu digunapakai untuk penanaman lain seperti padi dan sebagainya. Kawasan2 baru diberi kepada peneroka untuk diusahakan.

Pendapat saya: Orang2 Melayu masih berkecimpung dalam perniagaan2 'red ocean' dimana persaingannya sudah tepu dan sengit. Perniagaan2 orang2 Melayu juga 'labor-intensive' dan bukan berdasarkan 'k-economy' atau ekonomi berasaskan pengetahuan. Mentaliti ini perlu diterap pada tahap yg lebih awal lagi di sekolah2 dan universiti2. Org2 Melayu juga perlu mengkaji persahabatan perniagaan yg strategik dgn bangsa2 lain yg dapat membawa kepakaran unik. YB DS JJ pernah menggesa anak2 muda supaya memasuki arena 'k-economy' dan 'blue ocean businesses' jika berminat dalam dunia perniagaan.

Walaupun keadaan orang2 Melayu rata2 masih ketinggalan, kita perlu memberi penghormatan kepada usahawan2 Melayu yg telah berjaya dalam bidang perniagaan bukan sahaja yg memiliki syarikat2 gergasi tetapi rakan2 muda kita dan berdoa supaya mereka lebih maju di masa hadapan. Perasaan dengki orang Melayu perlu dibuang.

No comments: