Thursday, July 24, 2008

Pesanan Tun Dr Mahathir 1

…“Pada 11hb November pula, saya telah diterima bertemu Yang Teramat Mulia Tunku, yang saya hormati sebagai bekas Presiden UMNO, sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia. Sudah tentu saya menghormati Tunku sebagai orang yang lebih tua daripada saya, kerana ini adalah adat Melayu, lebih-lebih lagi Tunku adalah daripada keluarga Di-Raja negeri saya.”

“Saya berpeluang mendengar pandangan Tunku berkenaan dengan perpaduan orang Melayu dan berkenaan kedudukan dan hak-hak kaum di Malaysia. Saya juga berpeluang menjelaskan sedikit sebanyak berkenaan dengan kedudukan UMNO sekarang dan bagaimana Parlimen tidak berkuasa membatalkan hukuman yang telah dibuat oleh mahkamah.”

YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad
17hb. November 1989

No comments: