Friday, June 13, 2008

Ketelusan dan perancangan ekonomi

Salam sejahtera, saya telah mendapat permintaan untuk menulis dalam Bahasa Melayu supaya dapat menarik lebih ramai lagi pembaca.

Pertama sekali, saya tertarik dengan artikel mengenai audit yang dibuat ke atas wakil2 rakyat di Amerika Syarikat. Akaun2 kewangan calon presiden di Amerika Syarikat diawasi oleh rakyat dan media termasuk pelaburan2 yang dibuat. Untuk kerajaan mendapat penerimaan yang baik, kita patut selidik bagaimana ini boleh dibuat di Malaysia supaya wakil2 rakyat mempunyai 'accountability' yang lebih tinggi tahapnya. Ini patut menjadi matlamat yang 'ideal' dan mungkin ada cara yang 'practical' untuk merealisasikannya.

Kedua, dengan kenaikan harga minyak yang tinggi di pasaran dunia, perlukah kita mencadang pembinaan projek2 yang tidak membawa kebaikan dalam jangka masa pendek seperti pembinaan tapak pelancaran roket di Sabah? Kita perlu meneliti program2 untuk memajukan 'alternative energy' atau sumber tenaga alternatif supaya negara tidak bergantung kepada petroleum sahaja. Insentif perlu diberikan kepada pengguna umum yang menggunakan gas untuk kenderaan mereka termasuk pemandu teksi. Pembinaan stesen NGV perlu digiatkan lagi supaya ada lebih 'access' kepada bekalan gas. Walaupun saya setuju dengan pengurangan subsidi untuk petrol, saya berharap kerajaan akan terus meneliti polisi2 untuk mengurangkan lagi beban masyarakat, mungkin dari segi mengurangkan bayaran tol, cukai pendapatan, menaikkan cukai ke atas syarikat2 minyak dan gas dan sebagainya.

Sabah sesuai jadi tapak pelancaran roket (Utusan Melayu 11 Jun 08)
KUALA LUMPUR 4 Jun - Kerajaan mengenal pasti kawasan pantai timur Sabah terutama di sekitar Tawau berpotensi untuk dijadikan tapak pelancaran roket.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof berkata, kajian terperinci perlu dilakukan bagi memastikan pembinaan tapak tersebut tidak memberi kesan kepada alam sekitar.

Beliau juga menjelaskan, kerajaan buat masa ini masih belum mempunyai cadangan yang kukuh untuk membangunkan pusat berkenaan.

"Untuk membina pusat pelancaran, beberapa perkara perlu dipertimbangkan dan yang penting adalah kesesuaian tempat tersebut.

"Antara keperluan tapak pelancaran roket ialah ia perlu mempunyai kawasan di sebelah timur yang tidak mempunyai penghuni seperti lautan atau gurun.

2 comments:

bats said...

ha, ni la dia... tapak pelancaran roket!!! biar benar!!! roket apa lanciau dia mau tembak? meriam buluh? ini yang kasik telinga gua panas ni.

roket la, astronot la... kita perlu infra yang mantap, jalan yang lebar, pengangkutan awam yang boleh harap, dll. bukan pusat bandar KL sahaja yang sesak. mau pi kelang, sesak. mau pi sunway, sesak, mau sampai cheras, sesak.

pelan jangka masa pendek patut tertumpu kepada area2 yang parah, seperti hospital awam, sumber tenaga alternatif seperti solar (sia-sia la cuaca panas) dan infra. kontraktor bumi and non-bumi ramai giler. kalu dia bukak projek luaskan jalan, suma bole buat. kalu dia bukak projek launchpad, sorang ja bole buat... paham paham la.

sumber pendapatan negara takda la sangat, lagi dia mau belanja bikin launchpad?!!!

'pala otak dia.

opcharlie said...

bats, jgn marah. kami mengalu2kan buah fikiran dan cadangan2. mungkin ada yang berpendapat bahawa setengah2 ahli2 parlimen ini hanya membentangkan perkara2 atau projek2 yang tidak membawa keuntungan kepada rakyat. malangnya, mereka2 yang berpengalaman, berpendidikan tinggi dan mempunyai potensi tidak berminat untuk menjadi ahli parlimen atau terlibat secara tidak langsung dalam politik atau tidak dipilih oleh parti atas sebab2 tertentu. terdapat juga halangan2 atau cabaran2 di dalam parti itu sendiri, mungkin di 'pressure' oleh setengah2 'lobby group' dah sebagainya. ini semua perkara yang biasa. sama seperti syarikat2 minyak dan gas di US, syarikat2 di dalam industri pertahanan dan sbg. kita semua perlu memainkan peranan untuk menyumbang kepada negara dalam apa2 cara sekali pun.