Showing posts with label tapak pelancaran roket. Show all posts
Showing posts with label tapak pelancaran roket. Show all posts

Friday, June 13, 2008

Ketelusan dan perancangan ekonomi

Salam sejahtera, saya telah mendapat permintaan untuk menulis dalam Bahasa Melayu supaya dapat menarik lebih ramai lagi pembaca.

Pertama sekali, saya tertarik dengan artikel mengenai audit yang dibuat ke atas wakil2 rakyat di Amerika Syarikat. Akaun2 kewangan calon presiden di Amerika Syarikat diawasi oleh rakyat dan media termasuk pelaburan2 yang dibuat. Untuk kerajaan mendapat penerimaan yang baik, kita patut selidik bagaimana ini boleh dibuat di Malaysia supaya wakil2 rakyat mempunyai 'accountability' yang lebih tinggi tahapnya. Ini patut menjadi matlamat yang 'ideal' dan mungkin ada cara yang 'practical' untuk merealisasikannya.

Kedua, dengan kenaikan harga minyak yang tinggi di pasaran dunia, perlukah kita mencadang pembinaan projek2 yang tidak membawa kebaikan dalam jangka masa pendek seperti pembinaan tapak pelancaran roket di Sabah? Kita perlu meneliti program2 untuk memajukan 'alternative energy' atau sumber tenaga alternatif supaya negara tidak bergantung kepada petroleum sahaja. Insentif perlu diberikan kepada pengguna umum yang menggunakan gas untuk kenderaan mereka termasuk pemandu teksi. Pembinaan stesen NGV perlu digiatkan lagi supaya ada lebih 'access' kepada bekalan gas. Walaupun saya setuju dengan pengurangan subsidi untuk petrol, saya berharap kerajaan akan terus meneliti polisi2 untuk mengurangkan lagi beban masyarakat, mungkin dari segi mengurangkan bayaran tol, cukai pendapatan, menaikkan cukai ke atas syarikat2 minyak dan gas dan sebagainya.

Sabah sesuai jadi tapak pelancaran roket (Utusan Melayu 11 Jun 08)
KUALA LUMPUR 4 Jun - Kerajaan mengenal pasti kawasan pantai timur Sabah terutama di sekitar Tawau berpotensi untuk dijadikan tapak pelancaran roket.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof berkata, kajian terperinci perlu dilakukan bagi memastikan pembinaan tapak tersebut tidak memberi kesan kepada alam sekitar.

Beliau juga menjelaskan, kerajaan buat masa ini masih belum mempunyai cadangan yang kukuh untuk membangunkan pusat berkenaan.

"Untuk membina pusat pelancaran, beberapa perkara perlu dipertimbangkan dan yang penting adalah kesesuaian tempat tersebut.

"Antara keperluan tapak pelancaran roket ialah ia perlu mempunyai kawasan di sebelah timur yang tidak mempunyai penghuni seperti lautan atau gurun.