Friday, April 3, 2009

Syabas Dato Najib!


Tanpa membazir masa, Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam telah mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan 13 tahanan ISA dan memberi semula kebenaran cetak kepada dua akhbar yang telah digantung lesen mereka. Akta Keselamatan Dalam Negeri itu juga akan dikaji semula supaya mekanismanya lebih relevan dengan perkembangan masa.

Ini menunjukkan 'signal' yang nyata bahawa DS Najib komited untuk memenangi semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional. Langkah seterus DS Najib ialah untuk membentuk kabinetnya yang baru, termasuk hasrat Dato Seri PM untuk menyelaraskan beberapa kementerian supaya lebih efektif dalam mentadbir negara. Justeru bilangan menteri akan berkurangan dan Dato Najib akan diperhati semua akan pilihannya untuk mengisi kekosongan kabinet. Ramai yang tertanya siapa yang akan dikekalkan dan siapa akan dilepaskan. Itu lumrah apabila pertukaran kepimpinanan berlaku. Kita berdoa agar Dato' Najib membuat pilihan yang mantap dan menyingkir pemimpin2 yang kotor dan tidak berkeupayaan.

Jawatan Menteri ini sepatutnya tidak dianggap sebagai sagu hati kepada sesiapa yang telah memenangi jawatan2 dalam parti tetapi harus diberi kepada mereka yang mempunyai kaliber untuk menerajui kementerian tertentu. Banyak isu yang telah timbul sejak kebelakangan ini terutamanya dalam konteks kestabilan politik, ekonomi, projek2 yang diluluskan dan selepas itu dibatalkan kerana desakan ramai, kehilangan pulau kepada jiran dan sebagainya. Oleh itu, pilihan sebagai Menteri lebih penting diberikan kepada mereka yang akan menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, bukan sekadar memberi 'reward' kerana setia kepada parti atau telah menang apa2 jawatan.

1 comment:

TriStupe said...

exciting times we are in. Lets see where this all leads to. :)