Monday, April 6, 2009

Apa komen PAS?

Nyata bahawa PAS mempunyai perkongsian yang kecil dalam Pakatan Rakyat. Bukan sahaja konsep negara Islam dan Hudud ditentang oleh rakan-rakan seperjuangan, sekarang PAS berdiam diri apabila Nga Kor Ming memetik ayat al-Quran dalam ceramah beliau. Komen Karpal mengenai hudud "Over my dead body". Apa komen orang-orang kuat PAS? Apa pendirian PAS apabila YB Zul Nordin mengetuai demonstrasi membantah tindakan Majlis Peguam mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam?

Apa pula komen PAS mengenai ketua umumnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang kononnya telah membuat pengumuman penting mengenai satu pengumuman yang penting (announcing an announcement) jika menang di tiga-tiga pilihanraya kecil? Adakah ianya pengumuman sama pengambilalihan kuasa dari kerajaan seperti yang diumumkan tahun lepas? Mungkin tarikhnya telah bertukar ke April 16 2009. Komen Karpal mengenai Anwar "Anwar unfit to become PR leader".

Kenapa PAS bertukar sentimen mengatakan TDM akan ditelan kemarahan orang, tetapi sebelum ini mempelawa TDM masuk PAS apabila Tun keluar dari UMNO?

No comments: