Petikan dari Harian Metro
PUTRAJAYA: Persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Putrajaya, di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu ini, bakal menyaksikan pertembungan antara penyandang jawatan Ketua Pemuda yang juga Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zaki Zahid, dengan Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran, Tun Faisal Ismail Aziz.
Kesediaan Tun Faisal Ismail menentang Ahmad Zaki memang sesuatu yang mengejutkan berikutan beliau baru dilantik sebagai ahli jawatankuasa pergerakan itu April lalu.
Biarpun begitu, Ahmad Zaki berkata, beliau sedia menghadapi cabaran itu kerana apa yang penting baginya ialah ahli Pemuda Umno Putrajaya boleh menilai sendiri kemampuannya sebagai pemimpin mereka sejak empat tahun lalu.
“Selepas dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Putrajaya pada 2004 lalu, saya bertekad untuk menjadikan Pemuda Umno Putrajaya dihormati dan disegani Pemuda Umno bahagian lain,” katanya.
SOMETHING IS GOING TO HAPPEN TO ERDOGAN
5 hours ago
No comments:
Post a Comment