Tuesday, October 14, 2008

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PENURUNAN HARGA RUNCIT PETROL DAN DIESEL

DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue : PEJABAT PERDANA MENTERI
Date : 14/10/2008
Title : KENYATAAN MEDIA MENGENAI PENURUNAN HARGA RUNCIT PETROL DAN DIESEL


Pejabat Perdana Menteri

Kerajaan hari ini telah mengambil keputusan untuk mengurangkan harga runcit petrol dan diesel, berkuatkuasa 15 Oktober 2008.

Sebelum ini, Kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September 2008. Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera.

Sehubungan itu, Kerajaan ingin mengumumkan penurunan harga runcit seperti berikut:

- Petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter;

- Petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter; dan

- Diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter.



DATO` SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI

Perdana Putra
PUTRAJAYA

14 Oktober 2008

No comments: