Tuesday, October 28, 2008

Mansuh ekuiti bumiputera

Apakah muslihat MCA untuk menggesa kerajaan memansuhkan ekuiti bumiputera dalam syarikat2 awam di Malaysia? Dan apakah bukti ekuiti itu mengurangkan daya saing syarikat2 Malaysia? Jika ini mengurangkan daya saing syarikat2 Malaysia, sudah lama syarikat2 kita lingkup dan muflis akibat polisi yang tidak munasabah. Jika itu gesaan MCA, wajarkah kita membuka peluang kepada syarikat2 kongolomerat antarabangsa untuk membuka cawangan di Malaysia tanpa ekuiti syarikat Malaysia? Sudah tentu lingkup semua syarikat2 kecil dan sederhana jika pasaran dibiarkan bebas terbuka. MCA sekarang memain rancak DAP, bukan sebagai sahabat Barisan Nasional. Kalau begitu, MCA patut memansuhkan perlunya kemahiran Bahasa Mandarin untuk bekerja di syarikat2 yang dipegang orang2 Cina.

Ketidakstabilan pegangan ekuiti masyarakat kita perlu dihalusi. Kalau begitu kehendak MCA, lebih ketinggalan orang2 lain yang tidak berkeupayaan dari segi ekonomi atau kedudukan sosial.


Bukan sahaja itu, malah MCA juga baru2 ini ingin Barisan Nasional memberi kerusi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional kepada parti itu. MCA sekarang lantang bersuara meminta pelbagai kehendak. Bukankah perkara2 ini boleh dibincang di mesyuarat Barisan Nasional? Nampak sangat mereka sudah tidak endahkan perpaduan dalam Barisan Nasional dan lebih rela bermain sentimen (mungkin kerana marah kepada Ketua Bahagian Bukit Bendera).

Nah, inilah senario yang orang Malaysia mahukan sangat, senario masyarakat terbuka. Memanglah nampak telus demi perpaduan, tetapi hakikatnya rata2 ekonomi dipegang oleh orang2 Cina. Hasil2 tani, ternakan, produk2 kilang dan sebagainya semuanya dimiliki oleh orang2 Cina. Jika tiada ekuiti ini, habislah semua dikebas oleh orang2 Cina atas konteks 'daya saing'. Maka bermulalah perkembangan jajahan Singapura ke atas negara kita.

Datuk Liow Tiong Lai cekap politiknya, maklumlah baru dinobatkan sebagai Naib Presiden MCA. Perlulah nampak beliau berani bersuara untuk mempertahankan hak2 orang Cina.

>>KUALA LUMPUR 27 Okt. – MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.

2 comments:

Anonymous said...

ape cite ni? orang Melayu memang chicken shit, tanah sendiri tak boleh nak defend. hak sendiri tak leh nak defend. baik bagi saje PM jadi orang Cina dan buang semua raja2. lepas tu join balik dengan singapore. bagus la camtu. takkan nak tunggu tun M je nak bersuara. lemah la UMNO!!!! baik sokong PAS.

Anonymous said...

Malays are a failure and must resort to this sort of brute treatment so that they would rise up to the challenge.