Sunday, September 14, 2008

Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diminta meletak jawatan jika gagal melaksanakan semula pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.

Cadangan itu merupakan keputusan yang dicapai pada Persidangan Meja Bulat Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu dengan alasan bahasa Inggeris gagal membantu murid-murid menguasai sains dan matematik.

Ahli Jawatankuasa Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, daripada analisis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007, hampir 30 peratus pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) gagal Bahasa Inggeris.

> Kerana 30 peratus gagal dalam Bahasa Inggeris, Prof Datuk Dr Zainal menggesa supaya polisi ini dihapuskan. Bukankah kita patut menggalakkan mereka bertutur lebih sehingga fasih? Daripada komen rakan2 di dalam bidang perguruan, saya akui bahawa ramai guru yang masih memerlukan latihan untuk mengajar. Saya juga akui sejak implementasi polisi ini, lebih ramai yang ketinggalan. Bukankah ini menunjukkan anak2 murid kita lebih cepat putus asa dan tidak menunjukkan daya saing yang jitu untuk menghadapi cabaran2 selepas persekolahan? Patutkah kita melihat lebih ramai anak2 muda yang tidak mendapat pekerjaan kerana sering gagal temubual disebabkan limitasi penguasaan bahasa Inggeris?

> Anak2 muda kita juga sering kali kurang keyakinan apabila memberi ucapan dan sebagainya. Ini kerana budaya "Show and tell" tidak diterapkan dari awal.

> Orang Melayu dah jauh ketinggalan dari bangsa2 lain. Apabila disuruh lari, kata penat. Bagaimana nak kejar bangsa2 lain? Bila ketinggalan, salahkan dasar kerajaan dan sebagainya. Bila hak istimewa tercabar, marah.

> Saya menunggu implementasi Bahasa Inggeris sebagai medium ajar di sekolah2 terpilih seperti Maktab Tentera Diraja, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Kolej Tunku Kursiah. Katanya ketiga2 sekolah ini berhasrat untuk menjadi pusat International Baccalaureate, yang mana medium pengajaran seharusnya dalam Bahasa Inggeris mengikut piawai antarabangsa. Kolej Melayu tu!

> Yang peliknya, berita ini dilaporkan Utusan Melayu dalam segmen "Politik"!

1 comment:

bats said...

wah, Prof Zainal... kalu bebudak kita tak pandai speaking, kita hapuskan speaking?

fuh, macam ni boleh jadik Profesor ka? isu pendidikan anak2 malaysia lu jadikan isu politik. memang cantek.

kalau macam lu punya orang kena panggil Prof, mulai sekarang saya ni Mahaguru. Amacam Prof? is you liked my name, mahaguru, yes no?