KUALA LUMPUR, 14 Sept (Hrkh) - Tindakan kerajaan menahan tiga individu di bawah ISA, baru-baru ini dilihat sebagai langkah terdesak BN apabila parti itu menghadapi masalah dalaman, mahupun perselisihan sesama mereka.
"Kami berharap tindakan kerajaan ini bukan merupakan percubaan awal untuk menangkap lebih ramai ahli politik pembangkang dengan tujuan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dalam masa terdekat," kata kenyataan itu.
> Saya pasti dengan penahanan Teresa Kok yang dituduh menghina Islam tidak akan menggagalkan usaha PR membentuk kerajaan dua hari lagi. Bukankah 30 orang MP nak melompat dua hari lagi? PAS juga tak konsisten. Mula2 menggunakan orang bukan Islam untuk bertanding atas tiket PAS. Sekarang membangkang penahanan ISA ini atas sebab BN ingin menakutkan parti pembangkang tetapi tidak menyebut pula bahawa apa yang Teresa Kok buat itu wajar atau tidak (atau pun Tan Seng Giaw di dalam blognya, kononnya azan terlalu bising di Kepong). Selepas itu membuat mesyuarat secara senyap dengan UMNO demi perpaduan orang Melayu. Tambahan lagi dikelar oleh rakan DAP kerana ingin menubuhkan negeri Islam di Kedah! Yang hairannya juga, sejak ahli2 Parlimen PR di Parlimen untuk beberapa bulan lamanya, tidak ada yang membentangkan usul untuk menghapuskan ISA kerana nak tak nak, ianya satu akta yang diluluskan di Parlimen. Mungkin saya ketinggalan atau mungkin mereka nak pakai ISA untuk menangkap orang2 BN pula setelah membentuk kerajaan baru dua hari lagi!
Dulu, YB Salahudin dan Dewan Pemuda PAS menggesa agar konsert Avril dibatalkan. Sebelum ini konsert Inul juga didesak dari pelbagai pihak untuk dibatalkan. YB Salahudin, yang telah berjaya mengumpulkan kononnya satu juta orang ramai untuk demonstrasi memang pakar berdemonstrasi dan berkonsert. Jika ini dianggap elemen2 yang merosakkan, maka YB perlu memboikot saluran MTV dan sebagainya. YB juga perlu mendesak semua hotel2 membatalkan pertunjukan 'live band' yang menampilkan artis2 yang memakan pakaian yang terdedah dan sebagainya.
Senator Dato' Zaid pula menggesa Tan Sri Muhyiddin supaya meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak setuju dengan tarikh peralihan kuasa. Kenapa beliau tidak memberi ulasan mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri? Beliau pula nak letak jawatan kerana tidak setuju dengan penggunaan ISA. Bila nak letak jawatan? Katanya, beliau juga 'bosan' kerana di Bahagian pun tak dapat pencalonan.
Tentang azan ini, dah lama dipertikaikan. Orang2 di Kepong, Kg Tunku dan tempat2 lain telah membuat petisyen untuk menghapuskan azan di kawasan mereka. Petikan dari blog Tan Seng Giaw:
"As with all Muslim suraus, the prayer room at Taman Aman Putra, has five muezzin's calls for prayers a day, 365 days a year. In our multireligious society, all people must accept religious practices and traditions of various religions, including the calls for prayers. Those who do night shifts and young children would appreciate if the volume of the early morning calls can be turned down".
"DAP National Deputy Chairman and MP for Kepong Dr Tan Seng Giaw urges the Malaysian Department for the Advancement of Islam (Jakim), Prime Minister's Department, to interpret the meaning of azan (a Muslim call for prayer by a muezzin) in the Koran.
A religious issue is often very sensitive, more so in a multi-religious society such as Malaysia. Hence, we have to handle it with extreme care.
On 27 September, 2005, I spoke in the House on the complaints by non-Muslims of azan being too loud especially the call at dawn. Then, some newspapers carried the news with titles such as 'People should not raise the azan issue' (Bertita Harian)."
> Yang hairannya orang Islam sekarang takut bersuara. Mana taknya, sehinggakan di persatuan2 alumni pun tak pertikaikan apabila membuat bar untuk minuman keras di bangunan alumni. Mungkin sebab orang2 Islam sekarang lebih liberal. YB Zulkifli yang menegakkan agamanya dikeji oleh rakan2 seperjuangan apabila Majlis Peguam mengadakan forum terbuka mengenai memeluk agama Islam. Ramai sangatkah orang2 di Malaysia yang bermasalah tentang penganutan Islam?
Kalau berlaku lagi insiden May 13, bukan kerana kerajaan yang menghasut, tetapi sememangnya masyarakat Malaysia sudak tidak bertoleransi.
SOMETHING IS GOING TO HAPPEN TO ERDOGAN
5 hours ago
3 comments:
Memperbesarkan isu perkauman oleh mana2 pihak adalah tindakan keji dan amat mengecewakan.
"September 16" juga adalah satu isu yang telahpun dicuci oleh ahli politik kita hingga lusuh. Motif membangkitkan "September 16" ini berulang kali tidak berapa jelas, pada pendapat saya. Tarikh ini disebut2 oleh seorang ahli parlimen yang bukan di dalam kabinet. Mengapa ahli kabinet pulak yang sibuk membincangkan tarikh ini?
Banyak lagi isu yang lebih penting untuk diperdebatkan dan diselesaikan.
Apa yang membingungkan adalah wira tempatan terbaru, saudara Ahmad Ismail dari BB, masih bebas berkeliaran sedangkan 3 orang yang dituduh mengancam keselamatan dan keamanan negara kita kini ditahan di bawah ISA. (satu suda lepas)
Mengapakah si Ahmad tidak ditahan di bawah ISA atas kesalahan memperbesarkan isu perkauman? Adakah sebab penglibatannya dalam "superpower" politik tempatan? mungkin hero kita ni ada "legal immunity"? ataupun dia terlalu terror dalam skill menghilangkan diri sampai polis pun tak dapat tangkap dia?
mempermainkan isu perkauman untuk tujuan berpolitik adalah amat merbahaya. Isu perkauman and rusuhan adalah antara "kuasa" yang tidak boleh dikawal seperti eksperimen sains di makmal kimia.
Sangat jelas yang kerajaan takut dengan cita-cita Anwar untuk membentuk kerajaan pada Sep 16.
Memang tidak patut tarikh ini dibincangkan oleh ahli parlimen.
PAS seperti talam dua muka.
Mula-mula, sokongannya pada PKR sangat kuat, bila ada isu yang mengancam PKR, dia cakap yang lain pula.
PAS berkata bahawa mereka sokong BN dan PKR. Maksudnya, pakatan yang mana boleh mendatangkannya lebih banyak ganjaran, di sanalah dia akan sokong.
Isu-isu politik sekarang merangsang kemarahan rakyat.
bro...terkonfius sebentar pasal blog dalam bahasa malaysia.
ingat dipetik dari mana mana blog/suratkhabar.
Post a Comment