kemaskini 1: "Ketika ribuan umat Islam bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam, menteri yang kononnya mahir dalam bidang undang-undang hilang entah ke mana, ini amat mengecewakan seluruh ahli UMNO dan orang Melayu.
Saya amat bersetuju jikalau Akta Hasutan diperkuatkuasakan dalam kes Majlis Peguam mengadakan forum "Memeluk Agama Islam" baru-baru ini. Memang diakui bahawa terdapat masalah apabila keluarga bukan Islam memeluki Islam dan ingin keluar. Ada juga masalah mengenai harta sepencarian dan juga suami yang memeluki Islam tanpa memberitahu isteri. Bukankah masalah2 ini boleh ditangani dengan perbincangan persendiririan dan tertutup? Apakah tujuan utama forum ini diuar-uarkan secara terbuka? Adakah ini masalah majoriti orang2 di Malaysia? Tak perlulah politikkan isu2 sebegini. Banyak lagi masalah yang perlu dibetulkan seperti inflasi dan sebagainya. Mungkin ada muslihat lain di sebalik forum ini, berikutan dengan kes VK Lingam dan Suruhanjaya yang akan ditubuhkan untuk memilih hakim2. Tuan2 dan puan2 fikirkanlah sendiri.
Hari ini juga TS Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor mencadangkan supaya 10 peratus kerusi di UITM diberikan kepada orang2 Melayu. Saya rasa itu cadangan yang munasabah, tetapi pada masa yang sama orang2 Melayu juga perlu diberikan peluang yang sama di UNITAR dan sekolah2 lain yang didominasi oleh orang Cina. Jika kita bersedia untuk berintegrasi, kenapa kita masih mempunyai pelbagai sistem persekolahan? Jika orang2 bukan Melayu inginkan 'equality', maka kita perlu adil dari semua aspek. Semua pihak perlu bertolak ansur. Apa salahnya dibuat sekolah kebangsaan di seluruh negara? Kenapa orang2 Cina dan India marah apabila isu ini diutarakan?
Semalam Tun Dr Mahathir telah memberikan pendapat mengenai pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan juga serba sedikit mengenai sistem pertahanan kita. Sepatutnya jelas kepada orang2 Melayu dan Malaysia rata2 bahawa penguasaan bahasa Inggeris sangat penting dalam menimba ilmu. Ilmu2 kejuruteraan, kedoktoraan, teknologi dan sebagainya kebanyakkannya ditulis dalam bahasa Inggeris.
Sememangnya menjadi masalah kepada anak2 Melayu kita yang belajar diluar negara kerana tidak faham dengan terminologi2 dalam bahasa Inggeris. Seperti contoh pengamiran (integration) dalam Matematik. Ramai yang masih mendapati ianya sukar untuk mempelajari semula terminologi2 sebegini apabila belajar di universiti2 luar negara. Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah bertujuan untuk mempercepatkan 'learning curve' anak2 kita supaya bahasa tidak menjadi penghalang di universiti. Bukannya anak2 kita tak pandai, tetapi lazimnya anak2 Melayu di luar negara ketinggalan kerana masa digunakan untuk mempelajari translasi.
Secara tidak langsung juga, kerana anak2 kita agak 'ketinggalan', mereka menjadi 'segan' dan 'terpencil' akibat kurang penguasaan Bahasa Inggeris. Mereka lebih gemar berinteraksi dengan orang2 Malaysia sahaja dan tidak bercampur dengan bangsa2 asing. Memang ada yang cekap dalam Bahasa Inggeris dan saya tidak khuatir dengan sebilangan kecil ini. Mereka tentunya akan berjaya bercampur. Tetapi golongan2 yang mempunyai sifat terpencil dan malu ini akan ketinggalan. Takut nak tanya soalan dalam kelas, takut disindir oleh kawan2 kerana 'broken english'. Anak2 muda dari Kelantan segan kerana ditertawakan kawan, kononnya pertuturan dalam Bahasa Inggeris mereka ada loghat Kelantan sedikit.
Ukraine Has Lost Over 1000 Sq Km Territory Over Past Month
32 minutes ago
1 comment:
Majlis Peguam sepatutnya lebih prihatin terhadap sentimen dan reaksi yang pasti timbul daripada anjuran forum sebegini, tanpa sokongan politik yang secukupnya. Ahli-ahli politik tempatan yang berciri opurtunis pastinya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk mengkritik Majlis Peguam atas kesilapan ini. Tindakan menganjurkan forum ini boleh dikatakan seperti meludah ke langit.
Saya akui bahawa isu yang disuarakan oleh Majlis Peguam AMAT penting, akan tetapi, forum diskusi isu sebegini perlulah melibatkan Menteri yang relevan untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini.
Masih banyak lagi isu yang lebih pertinan untuk dipertikaikan, seperti bidang kehakiman kita yang terumbang ambing sejak krisis 80an dan kegagalan peguam-peguam negara mempertahankan tanah/hak Malaysia daripada diambil oleh negara-negara jiran. Isu jerebu dan komen Rais Yatim yang langsung tidak membawa faedah kepada rakyat Malaysia juga patut diperdebatkan.
Tetapi, saya ingin mepersoalkan tindakan PDRM yang kali ini tidak menyediakan 'water cannon' dan lain lain jentera yang biasanya memainkan peranan 'pemangkin penyuraian sekumpulan rakyat yang tidak puas hati', seperti yang dilihat sewaktu perarakan BERSIH, HINDRAF, protes kenaikan harga minyak, dll.
Menurut laporan media massa, kumpulan yang berada di hapadan lokasi forum anjuran Majlis Peguam ini jauh lagi vokal and agresif daripada rakyat yang mengambil bahagian di dalam protes yang sebelumnya.
Apakah sebab protes kali ini dibiarkan berterusan?
Post a Comment