Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia Muhammad Syukri Ibrahim pada 8 Ogos 2008. Beliau berkata "Sekiranya AUKU itu dipinda untuk membolehkan mahasiswa berpolitik, saya percaya mahasiswa akan hilang tanggungjawab terhadap pembelajaran dan proses menuntut ilmu".
Mungkin ramai yang tidak berpendapat sedemikian. Walaupun lebih ramai pelajar-pelajar Melayu telah mendapatkan ijazah, tetapi hakikatnya, kualiti pelajar-pelajar secara umum masih diragui sektor swasta. Dua punca utama yang sering dibincangkan ialah penguasaan pertuturan dalam Bahasa Inggeris dan ketidaksesuaian subjek yang diambil di universiti. Tetapi apabila pemimpin mengimplementasikan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik, ramai yang membantah.
Memang tidak dinafikan kedudukan istimewa orang-orang Melayu membolehkan ramai anak-anak Melayu kita mendapat peluang meneruskan pengajian di peringkat universiti. Saya juga tidak menafikan keberkesanan kedudukan istimewa ini yang telah merapatkan sedikit jurang perbezaan di antara orang Melayu dan bangsa-bangsa lain. Kedudukan ini telah membolehkan ramai anak-anak Melayu menceburi bidang-bidang profesional dan dunia koporat.
Namun, perkara yang membimbangkan saya ialah debat untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Ramai berpendapat bahawa pelajar-pelajar di universiti sudah matang untuk mengutamakan pembelajaran dan pada masa yang sama, ada yang berminat untuk berpolitik. Bagi saya, mereka yang ingin memansuhkan Akta ini berfikiran cetek. Dalam masa 4 tahun, anak-anak kita sepatutnya menumpukan perhatian bukan sahaja untuk lulus, tetapi lulus dengan cemerlang dan bersiap sedia untuk memasuki dunia pekerjaan. Ramai anak-anak kita yang masih menganggur walaupun mempunyai ijazah, seperti yang dilaporkan dalam akhbar "The Star" pada 5 November 2005, yang mana 60,000 lulusan universiti masih menganggur. Dua punca utama yang sering disebut oleh sektor swasta ialah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dan ketidaksesuaian mata pelajaran yang dipilih.
Di universiti juga, pelajar-pelajar perempuan jauh lebih ramai daripada lelaki. Anak-anak muda lelaki sering dikaitkan dengan gejala sosial seperti mat rempit dan sebagainya. Persepsi ini semakin hari semakin berleluasa. Apabila YB Tan Sri Khalid memberi cadangan untuk membuka 10 peratus kerusi di UITM kepada orang-orang bukan Melayu, pelajar-pelajar bangkit menentang habis-habisan. Yang menyedihkan ialah apabila peluang diberikan, ramai yang mensia-siakan peluang ini sehingga bangsa lain marah.
Saya akui bahawa ramai orang Melayu yang telah berjaya hasil daripada polisi seperti Dasar Ekonomi Baru, tetapi perjuangan ini masih jauh perjalanannya. Jurang perbezaan juga semakin besar. Kita perlu "lari" lebih laju dari bangsa-bangsa lain untuk "mengejar", bukan "lari" sama laju supaya dapat merapatkan jurang. Jika keutamaan ini tidak diberi dan pelajar-pelajar hanya berminat untuk berpolitik, berdemonstrasi dan terjebak dalam gejala sosial, tidak hairanlah kenapa jika generasi ini akan gagal menaikkan taraf orang-orang Melayu. Pelajar-pelajar yang menentang pembukaan kerusi di UITM kepada orang-orang bukan Melayu perlu membuktikan kepada masyarakat umum bahawa mereka betul-betul berhak mendapat peluang dan kedudukan istimewa itu.
SOMETHING IS GOING TO HAPPEN TO ERDOGAN
5 hours ago
2 comments:
satu fakta yang seringkali digugurkan dalam perbincangan politik di universiti adalah penglibatan dan pengaruh parti2 komponen barisan nasional di dalam arena politik universiti. mahasiswa yang menampilkan ciri-ciri 'haluan kiri' hampir pasti mejadi sasaran bahagian2 universiti seperti hal-ehwal pelajar. Penglibatan mahasiswa di dalam bidang politik di universiti sebenarnya digalakkan di bawah AUKU, dengan syarat penglibatan tersebut hanya untuk menyebarkan seruan and agenda parti komponen BN. Meminda AUKU tidak akan memperbaiki kualiti mahasiswa dan sudah tentunya tidak akan menghasilkan bakal ahli politik yang berkualiti tinggi. Jikalau niat sebenar isu ini adalah untuk membolehkan mahasiswa berpolitik, hapuskan AUKU.
Si Syukri ni sepatutnya lebih menumpukan perhatian kepada kualiti graduan yang dihasilkan oleh IPT kita. Malangnya, si anu ni lebih berminat merepak pasal akta kuno yang sudah terbukti langusung tidak membawa setitik faedah pun kepada mahasiswa tempatan. Keengganan pegawai2 universtiti mengambil tidakan terhadap tahap pendidikan yang semakin menyorot adalah punca masalah universiti tempatan. Pelajar yang tidak pernah menjenguk dewan syarahan, gagal peperiksaan dan sebagainya, berulang kali diberi peluang untuk menyambung rekod melingkup mereka. Akibatnya, ramai lagi anak muda yang lebih layak tidak dapat tempat di IPT tempatan. Maka tidak hairanlah anak-anak muda yang bijak dan cemerlang 'dihalau' keluar dan terpaksa menyeberang laut untuk menimba ilmu.
and more often that not, we lose them forever. bloody fantastic. nice one, Syukri.
penglibatan orang2 luar dalam politik universiti memang tidak dinafikan. ini adalah satu perkara yang sukar untuk ditangani. saya tertarik dengan fenomena di luar negara di mana pelajar2 Melayu hanya bergaul antara mereka kerena selesa dengan keadaan itu. Mereka akan mengambil subjek yang sama dan akan mengambil kerja sampingan yang sama. Mereka akan tinggal dalam bangunan yang sama. Apabila ini berlaku, 'politik' Melayu mula timbul. Fenomena di Maktab Tentera Diraja dimana saya dilatih berbeza di mana pelajar2 dicampur aduk. Kerjsama yang erat dipupuk dari awal. Walaupun pencampuran ini dikawal (Melayu secara tidak langsung dikekalkan sebagai majoriti), namun integrasi ini sihat. Sama juga laporan di USM dimana pelajar2 India hanya bergaul antara mereka. Pelajar2 India yang bergaul dengan Melayu akan dilabel.
Post a Comment