Saturday, March 7, 2009

Pelajar kita bukan gengster


Saya tidak pasti kenapa Datuk berpendapat bahawa anak2 murid kita tidak terlibat dalam gansterisma. Mungkin Datuk ke sekolah elit, jauh dari pengaruh2 luar yang negatif. Kalau anak murid dilibas dengan senjata, takkan lah nakal. Di Sabah sewaktu saya di Tingkatan 3, umum tahu bahawa ada sekumpulan pelajar mempunyai pengaruh luar. Jika ada masalah, telefon sahaja dan gang2 mereka akan datang. Cikgu pun pernah dipukul.

Mungkin kenyataan Datuk bahawa kes2 ini terpencil dan tidak mencerminkan tahap disiplin pelajar2 secara keseluruhan hampir kena pada sasarannya, tetapi tidak bermakna tiada yang terlibat dalam aktiviti2 gangsterisma.

Pokoknya mudah, kembalikan kuasa rotan kepada guru, dengan syarat, proses ini dipantau dengan rapi supaya tidak ada pula kes aniaya. Kalau di Maktab Tentera Diraja, tahap disiplin agak memuaskan hati kerana bidang kuasa pegawai2 tentera dan pegawai2 rendah termaktub dalam Standard Operating Procedure. Cara2 lain juga digunapakai apabila perlu.

Seruan GPMS di sini.

"KUALA LUMPUR 5 Mac - Pelajar-pelajar di negara ini bukan gengster cuma nakal. Malah kes-kes disiplin membabitkan mereka sejak akhir-akhir ini langsung tidak berkaitan dengan gengsterisme.

Itulah reaksi Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Md. Dom ketika ditanya mengenai masalah disiplin pelajar-pelajar yang semakin serius sehingga dikatakan dipengaruhi elemen gengsterisme".

No comments: