Thursday, September 3, 2009

Era Baru: 2 Ogos Genaplah 35 Tahun Kepergian Tun Dr Ismail


..........."Sebagai Timbalan Presiden UMNO, beliau sangat prihatin tentang keadaan UMNO dan apabila perwakilan UMNO semakin bertambah setiap tahun dan tidak ada dewan yang menampung kehadiran ahli-ahli di Perhimpunan Agung sehingga terpaksa diadakan di The Dragon Court, Hotel Merlin yang kecil dan sempit, maka Tun Dr Ismail telah meminta Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencari sebidang tanah untuk tujuan mendirikan bangunan UMNO sendiri.

Ekoran dari itu, jawatankuasa bangunan telah dibentuk dan dipengerusikan sendiri oleh beliau dan timbalannya ialah Tun Hussein Onn. Begitu tegas pendiriannya sehingga sanggup berkata yang UMNO tidak akan mengambil seinci pun tanah kerajaan untuk mendirikan bangunan sebaliknya UMNO telah membeli sebidang tanah melalui usaha Tengku Razaleigh yang memikul tanggungjawab seperti yang diamanahkan kepadanya oleh Tun Dr Ismail. Tengku Razaleigh menyifatkan Tun Dr Ismail yang beliau kenal baik dan rapai sebagai "a real Malaysian and a pillar of strength during that period". Ada juga yang menyifatkannya seperti "Rock of Gibraltar".

Apabila Tun Dr Ismail mengetahui tentang penyakit yang sangat berbahaya yang dihadapi oleh Tun Razak dan dalam keadaan kesihatan beliau sendiri yang membimbangkan rakyat dan negara, Tun Dr Ismail telah melahirkan perasaannya pada 30 Mac 1970 dengan kata-kata seperti ini; "with Tun Razak a doomed man, my heart operation became vitally important not only to myself and my family, but to the whole nation. Between the Tunku, Tun Razak and myself on the one hand, and all the other politicians on the other, there was a wide gap in leadership. With Tunku past his prime, Tun Razak a doomed man although unknown to the nation, everything seemed to depend on me"......

No comments: