Thursday, September 10, 2009

Darah Tuah: Gugurkan Kaum Dan Agama

"Perlembagaan Malaysia hanya menyebutkan secara khusus / mengiktiraf lima sahaja kaum di negara ini iaitu (1) Orang Asli (Perkara 160), (2) Melayu (Perkara 160), (3) Bumiputera Sarawak [Perkara 161A (6) (a) & (7)], (4) Bumiputera Sabah [Perkara 161A (6) (b)] dan (5) kaum-kaum lain".

"Apa yang sebenar berlaku ialah tahap toleransi antara kaum semakin terhakis dan yang wujud ialah uneasy racial co-existence. Justeru bagaimana pula pengguguran ‘kaum’ dan ‘agama’ ini boleh menyelesaikan masalah sebesar gunung Kinabalu itu? Dijangka kerajaan akan ditomahkan sebagai tidak bersedia ‘menggenggam bara api sehingga jadi arang’, jika syor tersebut dilaksanakan juga."

"Tidak ada lagi hak istimewa untuk orang Melayu/Bumiputera kerana tiada lagi “kaum Melayu/Bumiputera”? Semua bahasa menjadi Bahasa Kebangsaan seperti di Singapura? Semua agama adalah agama rasmi? Institusi Raja-raja Melayu dihapuskan kerana sudah tidak ada lagi orang Melayu di negara ini? Adakah ulterior motive mereka yang sebenar ialah hendak menjadikan negara ini sebuah republik?"

"Apabila agama Islam, Melayu dan Bumiputera tidak lagi diiktiraf dalam mana-mana dokumen rasmi, bagaimanakah hendak melaksanakan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang berkaitan dengannya seperti Perkara 3 (agama Islam), 38 (Majlis Raja-Raja), 39 (Kuasa pemerintah)), 89 (Tanah rezab orang Melayu), 90 (Tanah adat di Negeri Sembilan & tanah di Trengganu), 152 (Bahasa Kebangsaan), 153 (Hak istimewa orang Melayu), 160 (Tafsiran Orang Asli & Melayu) dan 161A (Kedudukan istimewa Bumiputera Sabah & Sarawak)?"

"Bukankah mereka yang mengsyorkan ini sebenarnya tidak ikhlas dan barking at the wrong tree? Jika mereka benar-benar ikhlas hendak mewujudkan perpaduan kaum dengan menghapuskan pengenalan kaum dan membasmi polirisasi kaum maka punca utama perkauman iaitu sekolah pelbagai aliran hendaklah dihapuskan segera dan digantikan dengan sistem satu aliran sekolah kebangsaan untuk semua."

No comments: