Thursday, November 6, 2008

Nasihat Dr. Mahathir kepada Obama

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Barack Obama akan dapat berperanan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baik sekiranya beliau memahami negara lain.

Katanya, Presiden AS sekarang, George W. Bush dilihat tidak mengetahui apa-apa mengenai negara lain manakala kebanyakan Presiden terdahulu juga tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai negara-negara Timur.

Sehubungan itu tegasnya, Obama perlu mengemas kini dirinya mengenai apa yang berlaku di rantau ini bukan sekadar mengenai China, Jepun dan Korea bahkan negara di Asia Tenggara.

“Untuk Presiden baru, saya rasa dia akan melakukannya dengan baik jika memahami negara-negara lain.

“Kami menyedari, Bush tidak tahu apa-apa mengenai dunia lain dan ramai Presiden AS juga tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai negara Timur dalam segala tindakan mereka,” katanya.

Beliau mengulas kemenangan Obama dalam rancangan The World Watches yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Al Jazeera hari ini.

No comments: