Tuesday, February 17, 2009

Dalang Atau ‘‘Boy Friend’’? — Dr Novandri Hasan Basri

Quoted from Malaysian Insider
Dalang Atau ‘‘Boy Friend’’? — Dr Novandri Hasan Basri

FEB 17 — Apakah berbogel di depan teman lelaki dan kemudian diambil fotonya boleh dianggap melanggar tatasusila atau pun sebarang undang-undang? Jika yang berbogel itu seorang Muslimat, undang-undangnya sangat jelas. Beliau bersalah.

Tetapi jika beliau bukan Islam, kita tidak berapa jelas. Mungkin ada di kalangan pembaca yang menganuti agama Buddha atau pun Kristian yang lebih arif di dalam isu keagamaan ini dan berkongsi pandangan dengan kita.

Secara teorinya, foto-foto yang di ambil adalah untuk simpanan peribadi dan bukan untuk jualan di majaalah nudity dan internet porno. Kalau dijualkan pun penulis pasti tidak akan laku.

Tapi Elizabeth Wong merupakan seorang pemimpin di negeri Selangor, makanya harga foto tersebut tentunya bertambah jika dijual.

Penulis tidak pasti nama penyakit psikologi yang menerangkan perangai orang yang suka mengambil foto-foto nudity padahal beliau sudah puas melihat dengan dua mata sendiri dan mereka yang merelakan tubuh badan mereka difotokan.

Jika kita lihat foto Elizabeth Wong, tidak ada yang menarik untuk difotokan. Mungkin kerana kulit beliau yang cerah tapi selain daripada itu, kita boleh gambarkan di dalam otak ini yang tidak ada yang special untuk ditatap.

Masalahnya sekarang ialah Elizabeth Wong merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di negeri Selangor. Beliau dipilih secara undi majoriti di dalam PRU yang lepas. Ketika itu, tiada siapa pun tahu yang tubuh beliau pernah difotokan.

Jika tahu, pasti parti PKR tidak akan mencalonkan beliau. Jika dicalonkan juga, ianya adalah tindakan kamikaze, tindakan yang bakal membunuh parti PKR sendiri.

Persoalannya sekarang ialah apakah Elizabeth Wong perlu mengundurkan diri? Tentunya beliau dan penyokong-penyokong beliau seperti MB Selangor akan tetap mengatakan bahawa bukan salah Elizabeth Wong tapi boyfriend beliau.

Anwar Ibrahim pula tentu cuba mencelah dengan memberikan alasan-alasan beliau. Beliau tentu menggeleng-geleng kepala tidak percaya kerana dalam usaha beliau untuk memujuk rayu ahli Parlimen BN, ada pemimpin PKR pun turut terbabas dek pujuk rayu boyfriend beliau!

Maklumat terakhir yang penulis tahu ialah pihak polis sudah mengenal pasti dalang di sebalik sebaran foto-foto nudity Elizabeth Wong. Elizabeth pula mengatakan bahawa beliau tidak bersalah dan adalah mangsa kepada isu ini.

Yang pastinya, ramai yang ternanti dan mencari-cari foto tersebut. Bagi penulis, ianya tidak perlu. Yang perlu ialah untuk Elizabeth Wong meletakkan jawatan dengan segera.

Ya benar bahawa pada mulanya foto-foto itu adalah untuk simpanan peribadi tetapi apabila ianya sudah diketahui awam, ianya tidak baik lagi. — pemuda.com.my

No comments: