Tuesday, April 7, 2009

Kabinet Baru


Kita sekarang menanti pengumuman kabinet baru oleh Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia ke-enam. Umum tertanya-tanya, adakah pembentukan kabinet baru oleh Dato' Najib akan mencerminkan hasrat beliau untuk mengubah persepsi dan tanggapan umum mengenai UMNO dan kerajaan Barisan Nasional?

Ramai tokoh-tokoh UMNO yang kalah dalam pemilihan UMNO baru-baru ini, antaranya menteri-menteri kanan seperti Dato' Seri Khaled Nordin, Dato' Seri Utama Rais, Dato' Shahrir, Dato' Seri Azalina dan 4 Menteri Besar. Dato' Seri Sharizat, walaupun kecundang di parlimen Lembah Pantai, telah menang dengan majoriti yang besar sebagai Ketua Wanita. Sama juga dengan parti-parti komponen yang mana kepimpinan mereka kecundang di kerusi Parlimen masing-masing dalam PRU-12.

Kerana dunia dilanda wabak ekonomi yang perit, Dato' Najib perlu menubuhkan pasukan ekonomi yang terbaik dan terhandal tanpa mengira jika ada jawatan di dalam UMNO dan mengaktifkan semula Majlis Tindakan Ekonomi dibawah nasihat pakar-pakar ekonomi, "industry captains" dan negarawan seperti TDM. Kerana darurat ekonomi yang sedang melanda kita, saya fikir Dato' Najib akan kekal sebagai Menteri Kewangan untuk menumpukan sepenuh perhatiannya dalam kedudukan khazanah negara.

Kabinet baru di bawah pentadbiran Dato' Najib mungkin akan mirip seperti yang berikut:

TS Muhyiddin: TPM & Menteri Dalam Negeri

DS Zahid Hamidi: Menteri Pertahanan

DS Hisham: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (kedudukan yang penting untuk menilai dan mengukuhkan kedudukan ekspot negara ekoran ekonomi yang merudum di arena global, juga mengkaji semula FTA dengan Amerika Syarikat).

DS Shafie Afdal: Menteri Pertanian (dengan gabungan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi), sesuai dengan fokus kerajaan membangunkan Sabah yang berasaskan pertanian dan Sarawak sebagai jelapang padi baru negara.

DSU Rais: dikekalkan Menteri Luar (fokus untuk mendapatkan semula Pulau Batu Putih, menyelesaikan isu Limbang dan lain-lain "border disputes"), walaupun kalah dalam pemilihan sebagai Naib Presiden UMNO, kearifan beliau dalam undang-undang dan kalibernya sebagai menteri kanan masih diperlukan Dato' Najib.

DS Khaled: Menyambung kerja Dato' Shahrir sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan HEP, memberi pendedahan langsung kepada rintihan rakyat mengenai inflasi dan harga barang terutamanya isu harga dan subsidi petrol.

Tok Pa: Menteri Pelajaran (fokus untuk meneruskan PPSMI). Kementerian Pengajian Tinggi juga digabung semula dengan Kementerian Pelajaran supaya ada "continuity" apabila polisi-polisi kerajaan dilaksanakan di sekolah-sekolah.
JJ: Mungkin kembali sebagai Menteri Kewangan II.
Shaziman: Kekal di Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, MOSTI digabungkan sekali untuk menyelaraskan pentadbiran ICT dan multimedia yang bersangkut paut dari segi infrastruktur.

Dato' Saifuddin: Kenaikan dari timbalan menteri ke menteri penuh kerana memenangi kerusi Majlis Tertinggi dan terkenal dengan penglibatan dalam NGO. Kementerian ini juga patut digabungkan dengan Kementerian Sumber Manusia untuk memantau isu pekerja asing. Isu ini berkaitan langsung dengan pembangunan usahawan dan latihan semula penganggur.

Dato' Sri Zin Mohamed: Kekal sebagai Menteri Kerja Raya (fokus dalam menyelesaikan masalah pembangunan di lereng bukit dan konsesi tol).

Dato' Sri Ong Tee Keat: Kekal sebagai Menteri Pengangkutan.

Dato' Sri Ng Yen Yen: Menteri Pelancongan.

KJ: Timbalan Menteri Belia dan Sukan (sesuai dengan penglibatan beliau dalam arena bolasepak negara)

Dato' Mukhriz: Timbalan Menteri Pelajaran (memberi pengalaman kpd beliau sebagai saf kepimpinan akan datang dan mengatur strategi bagi pendidikan satu aliran untuk masa hadapan, satu elemen penting "One Malaysia")

Tan Sri Nor Mohamed: Menteri di Jabatan Perdana Menteri utk portfolio EPU.

Menteri Kesihatan: Perlu seorang profesional dari bidang kesihatan, mungkin dari IJN.

Timbalan menteri yang akan menjadi menteri penuh: Idris Haron, Lajim Ukin, Latif Ahmad.

Menteri2 lain yang akan kekal: Ismail Sabri.

Pilihan ketara untuk wakil wanita dari UMNO ialah Dato' Seri Sharizat. Kerana beliau gagal memenangi parlimen Lembah Pantai, tetapi menang besar sebagai Ketua Wanita, Dato' Seri Najib akan melantik beliau sebagai senator dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Luar Bandar (gabungan 2 kementerian). Ketua Puteri Rosnah mungkin diberi Timbalan Menteri untuk menambahkan perwakilan wanita dalam kabinet.
Apa yang disampaikan hanyalah ramalan saya. Ini semua terpulang kepada saiz dan bentuk kabinet baru.

Rujukan:

No comments: