Saturday, April 4, 2009

Caturan Baru - Pendapat Saya


Jika pembangkang merasakan kepulangan TDM sebagai satu isyarat bahawa UMNO itu sudah lapuk dan ketandusan idea, fikir semula kedudukan Lim Kit Siang dan Karpal dalam percaturan mereka. Kehadiran Tun Mahathir dapat menyemarakkan semula semangat perjuangan UMNO dan Barisan Nasional di bawah kepimpinanan Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam. Mereka tahu kedudukan terancam jika UMNO tidak lagi berpecah dan kukuh dibawah kepimpinan Dato' Najib.

Yang penting sekarang ialah percaturan Dato' Najib dalam memilih ahli-ahli kabinet supaya agenda "One Malaysia" beliau dapat dilaksanakan dengan baik. Rata-rata masyarakat menyuarakan bahawa ini akan menunjukkan samada Dato' Najib betul-betul inginkan reform dan bukan semata-mata retorik.

Saya fikir penyelarasan portfolio-portfolio dalam kabinet sesuai dengan peredaran masa.

  • Kementerian wilayah persekutuan perlu dimansuhkan kerana berlaku 'overlap' dengan peranan DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Labuan.
  • Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi elok kalau digabungkan semula supaya ada keseragaman dan 'continuity' dalam polisi-polisi pendidikan nasional khususnya PPSMI. Jika inginkan continuity, DS Hisham patut diberi peluang melancarkan perjalanan PPSMI sebelum diberi kepercayaan di kementerian yang lain.
  • Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi juga patut digabung dan diberi fokus untuk menjayakan projek kerajaan berteraskan "self-sufficiency" dalam pengeluaran makanan dan justeru mengurangkan jumlah impot negara.
  • Eloklah juga jika Dato' Najib fokus dalam tugasnya sebagai PM dan melepaskan portfolionya kepada yang layak. Mansuhkan kedudukan Menteri Kewangan II. Tidak salah jika beliau menobatkan seorang tokoh korporat untuk peranan ini.
  • Peranan Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi perlu diteliti juga. Ini kerana ICT yang diterajui oleh MDeC berada dibawah MOSTI tetapi pentadbiran multimedia di bawah MCMC terletak dalam bidang kuasa Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.
  • Mansuh jawatan Menteri di Parlimen untuk menunjukkan "separation of powers" dari bahagian eksekutif di Parlimen
  • Kementerian Pembangunan Usahawan patut digabungkan sekali dengan Kementerian Sumber Manusia kerana fokusnya yang agak serupa. PATI juga patut ditadbir dibawah kementerian yang baru ini. Hasrat kerajaan untuk mengurangkan bilangan pendatang asing dan melatih semula penganggur2 di negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan di bawah satu kementerian. NEP dan juga hak keistimewaan juga patut dipantau oleh kementerian baru ini supaya implementasinya teratur dan tiada ketirisan atau salah guna keistimewaan seperti penjualan kontrak semula dan sebagainya.
  • Kementerian Kesenian, Kebudayaan, Warisan & Perpaduan Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar digabungkan menjadi Kementerian Kesenian dan Pembangunan Masyarakat. Kementerian bukan sahaja akan bertanggungjawab dalam soal warisan dan kesenian, tetapi khusus dalam pembelaan masyarakat dan komuniti. Ketiga-tiga kementerian saya fikir mempunyai teras yang agak serupa.
  • KDN tidak perlu lagi dipecahkan dua. Yang penting ialah untuk meletakkan seorang tokoh yang mempunyai integriti tinggi dan kepercayaan rakyat. Kerana kementerian ini dianggap sangat berpengaruh dan berkuasa, perlulah seorang yang tahu undang-undang dan dapat berkerjasama dengan pihak PDRM dan sebagainya dengan mesra dan profesional. Tokoh ini juga harus cekap dan fasih dalam menjelaskan polisi-polisi dan tindakan-tindakan kerajaan. Pertelingkahan antara PDRM dan kementerian yang kita saksikan sebelum ini tidak patut diulangi.
Bagaimana pula dengan reform dalam UMNO?

Nota 1: Apa muslihat MCA untuk menggesa Dato' Seri Najib supaya diwujudkan jawatan TPM II? Mana lagi penting, jawatan TPM atau supaya calon2 MCA yang ramai tumbang dalam PRU12 kerja keras untuk mengembalikan kepercayaan rakyat?

1 comment:

bats said...

politicians will be politicians la. be it UMNO or MCA. there must always be something trivial to harp about, the most populist stance to adopt.

on another note, i applaud the PM for what appears to be a good start. Pak Lah also seemed to start well, then the usual bs kicked in.

my hope is that the PM puts renewed emphasis on the polis and tackles our crime problem head on la. small steps i guess, despite the fact that the crime rate is on the rise.