Friday, March 6, 2009

BERDIRILAH PEMIMPIN

Sajak ini telah dihantar kepada Kumpulan Facebook Kelab Penyokong UMNO oleh Saudari Anis HIdayu, Ahli KPU maya.

BERDIRILAH PEMIMPIN

Berdirilah setiap yang bernama pemimpin
Membangunkan mimpi gemilang seribu musim
Ditabah hati para nelayan menahan gelombang
Disenyum ramah para petani ke sawah ladang
Diteguh tenang para buruh membanting tulang
Bertemu siang ia menumbuh keyakinan
Berlalu malam ia membenam kehampaan.

Berjalanlah setiap yang bernama pemimpin
Menggenggam cita waja kembang bermukim
Akan ke lembah lurah menabur kejujuran
Akan ke rimba resah mencair kepalsuan
Akan ke gunung gagah melambai keadilan
Beralih hari ia membawa bakti
Bertukar tahun ia mengota janji.

Berkata setiap yang bernama pemimpin
Memancarkan cahaya serasa erat terjalin
Bahawa pinta hidup dipinta bimbang
Antara mega dunia yang molek
“Pipih tidak datang melayang
Bulat tidak datang menggolek”.
Patahkan imbau risau di hangat dada
Patahkan ke jantung pesan pusaka bangsa
“Di kepuk sendiri jangan kempunan padi
Di kolam sendiri jangan kelemasan mandi



Dicipta dan dideklimasikan oleh RAIS YATIM di Malam Puisi 29 Nov 1981 – Port Dickson
# Sajak ini di petik daripada buku Jelebak-Jelebu, Corat-coret Anak Kampung

No comments: