Showing posts with label mosque. Show all posts
Showing posts with label mosque. Show all posts

Friday, September 11, 2009

Protes Pembinaan Masjid di Denmark Tanda Kemunduran Pemikiran Mereka

Sekali lagi Denmark mendapat perhatian dunia apabila Parti haluan kanan Danish’s People Party melancarkan kempen membantah pembinaan masjid pertama yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Copenhagen baru-baru ini (Sinar Harian, ruangan Global@Sinar 11 Sept 2009). Katanya, pembinaan masjid ini akan ditaja sepenuhnya oleh pihak Iran yang merupakan “terror regime”. International Civil Liberties Alliance di laman web www.libertiesalliance.org telah melancarkan petisyen online untuk membantah pembinaan masjid pertama di Denmark. Ahli Parlimen Denmark Martin Henriksen pula berkata, sudah tiba masanya Negara Barat meminta supaya Negara-negara Islam meminta maaf kerana kekejaman ke atas wanita, hukum merejam batu dan sebagainya yang dianggap melanggar hak asasi manusia.

Kita juga masih ingat insiden di mana seorang pelukis kartun dari Denmark menimbulkan provokasi besar dengan melakar sebiji bom di dalam serban junjungan besar Nabi Allah Muhammad SAW . Akhbar Jylland-Posten yang memaparkan segmen itu mengeluarkan kenyataan untuk meminta maaf jika terbitan itu menyinggung perasaan umat Islam walaupun tidak salah di sisi undang-undang Denmark.

Pertama sekali, Ahli Parlimen Denmark itu bertanggapan bahawa semua Negara Islam mengamalkan system perundangan yang sama. Ini jelas menunjukkan kemunduran beliau di arena global. Kedua, pihak yang membantah pembinaan masjid itu secara jelas menunjukkan sifat hipokrit orang Barat di Denmark yang melanggar hak asasi manusia dalam menindas kepentingan minoriti di Negara mereka. Ketiga, dana yang disalurkan dari Negara Iran untuk pembinaan masjid pertama di Denmark dianggap dana yang datang dari regim pengganas atau “terror regime”. Ini satu tanggapan yang membinasakan dan sengaja menyimbah petrol ke dalam api untuk memprovokasi umat Islam.

Ini juga menunjukkan bahawa sindrom “Islamophobia” masih nyata dan jelas di kalangan masyarakat Barat secara am, seperti menganggap semua yang berjanggut itu pengganas dan menahan suspek pengganas berdasarkan profil nama dan agama. Penulis berpendapat bahawa bantahan yang keras perlu dibuat oleh Pihak Wisma Putera atas tragedi ini. Di waktu kegawatan ekonomi yang teruk yang melanda Negara-negara Eropah berpunca dari kerakusan Wall Street dengan penjualan “sub prime mortgages”, “derivative speculation” dan spekulasi harga minyak yang melampau oleh penyangak ekonomi menyebabkan ketidakstabilan ekonomi dunia, negara-negara ini terutamanya Denmark perlu sedar bahawa banyak sumber dana untuk menghidupkan semula syarikat-syarikat yang telah menyeleweng wang rakyat datangnya dari negara-negara Islam juga, seperti contoh dana dari Kuwait Investment Authority untuk membela Citi Group sebanyak USD 1B.

Negara-negara Islam juga perlu bijak dalam menangani masalah ini dan janganlah jadikan bantahan di jalan (street protest) sebagai jawapannya. Kita perlu menggunakan kebijaksaan seperti menggunakan kekuatan ekonomi negara Islam dalam menyelesaikan isu ini. Mesej yang penting untuk disampaikan ialah Islam yang mempunyai penganut kira-kira 1 billion tidak mengamalkan dasar keganasan, malah akan membela nasib orang-orang yang tertindas, seperti contoh rakyat Palestin yang setelah lama ditindas oleh pihak Zionis dan baru-baru ini niat regim Zionis untuk membina penempatan haram baru di Tebing Barat, walaupun dikecam oleh PBB. Jika Ahli Parlimen Henriksen dari Denmark ingin membela hak asasi manusia, mulakanlah perjuangan anda di Palestin.

Islamophobia In Denmark (again)


After Copenhagen city council approved the building of Denmark's first mosque, extreme-right Danish People's Party launched a massive campaign against it, citing that the mosque will be funded by "terror funds".

Let's not forget their islamophobic stance when their daily printed a cartoon depicting our great prophet with a bomb in his turban.

Muslims account for 3.5% of the population in the country, with a strength of 200,000.

Here's an excerpt from the petition site to ban all mosque construction:

"Recep Tayyip Erdogan Prime Minister of Turkey publicly read an Islamic poem including the lines: “The mosques are our barracks, the domes our helmets, the minarets our bayonets and the faithful our soldiers…” The faithful?

That would be muslims then!

Well let’s blunt their bayonets and hammer their helmets. Sign the SIOE petition Stop all mosque building in Denmark http://www.petitiononline.com/stpmsqdn/petition.html "