Showing posts with label lembu. Show all posts
Showing posts with label lembu. Show all posts

Sunday, September 13, 2009

Geng Lembu

"Lagi pula, berdasarkan REKOD, tindakan hanya diambil terhadap pemimpin Hindraf selepas berkali-kali mereka membuat kacau bermula di Masjid Putrajaya, beberapa kali di luar KL dan 2 kali di KL, iaitu selepas berkali-kali mereka menghasut bukan sahaja penganut agama Hindu tetapi masyarakat kaum India dengan tuduhan-tudahn yang palsu, misalnya bahawa kerajaan telah dengan sengaja dan terancang membunuh orang India setiap minggu dan merobohkan kuil setiap dua minggu dan sebagainya. Tuduhan-tuduhan palsu ini menjadi bukti kepada elemen hasutan pemimpin Hindraf dan mereka telah melakukannya berkali-kali dan menggunakan pelbagai media".

YB Zul: Alahai Sang Lembu


YB Zul's take on Sek 23 incident:

"Dimana suara-suara Pak Janggut dan Pak Keris ini apabila Jeff Ooi melabel mereka yang bercita-cita untuk melaksanakan Islam sepenuhnya sebagai ekstremis. Sehingga hari ini Jeff Ooi terus dengan sifat bongkak dan angkuhnya enggan menuntut maaf atas kebiadapannya. Sehingga ke hari ini Jeff Ooi masih bebas, tiada sebarang tindakan pendakwaan diambil terhadap keceluparan beliau. Mengapa Peguam Negara tidak bertindak tegas terhadap Jeff Ooi. Mengapa Jeff Ooi tidak dikenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan, mahupun Seksyen 298A Kanun Kesiksaan?"

"Bukan kita menghalang mereka ber'ibadat. Masih banyak lagi kuil dan tempat 'ibadat yang mereka punyai. Mengikut statistik, dalam negeri Selangor ada 4.3 juta penduduk. Daripada jumlah itu, majoritinya umat Islam sebanyak 2.5 juta dengan masjid hanya sebanyak 259 buah. Sebalik nya masyarakat Budha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong. Kaum Hindu pulak, yang berjumlah 647,000 mempunyai 810 kuil berdaftar (ini tidak termasuk kuil yang haram dan tidak berdaftar!). Dan bagi 50,000 penganut Kristian di Selangor, cuba kira berapa jumlah gereja mereka!"