Tuesday, August 25, 2009

Nik Aziz Dituduh Sesat?



Era Baru 21/08: Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin digesa mengambil tindakan tegas terhadap Mursyidul Am PAS yang kebelakangan ini dikatakan sudah membimbangkan diatas tingkah laku beliau. Mereka mahu Hishammuddin berani untuk menyiasat diatas tuduhan2 beliau terhadap UMNO apatah lagi Nik Aziz tidak menafikan kenyataan beliau Isnin lalu bahawa orang UMNO tidak akan masuk syurga. Ini bermakna Nik Aziz membuat tuduhan itu dalam keadaan sedar dan waras.

Akibat tuduhan terbaru itu, Nik Aziz dikatakan cuba menghidupkan semula "Fatwa Haji Hadi" yang sedikit masa dahulu menjadi pegangan pengikut PAS yang taksub untuk mengkafirkan sesama Islam khususnya ahli-ahli UMNO kerana memenuhi agenda politik mereka.

Kenyataan yang dianggap karut itu telah menimbulkan kemarahan dan kekesalan banyak pihak termasuk golongan agama dan ulamak yang beranggapan bahawa Menteri Besar Kelantan itu semakin nyanyuk dan dihanyutkan oleh arus politik yang dibawa oleh PKR dan DAP.

Ketika Nik Aziz lantang membuat tuduhan yang membayangkan bahawa orang UMNO akan masuk neraka manakala pengikut PAS pula dijamin masuk syurga, orang ramai pula mempersoalkan kenapa Nik Aziz begitu takut untuk mengkafirkan DAP yang sebelum ini telah terbukti begitu memusuhi orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Dan Pengerusi DAP, Karpal Singh begitu berani dan lantang bersuara dengan berkata, "langkah mayat saya dahulu sebelum tubuhkan negara Islam"..............

Beberapa tahun lalu, fatwa atau amanat Haji Hadi di Rusila, Terengganu telah menyebabkan orang Islam berpecah belah terutama di negeri Terengganu dan Kelantan. Akibat fatwa itu, berlaku sembahyang dua imam, pernikahan anak orang UMNO dengan orang PAS terbatal, kenduri orang UMNO tidak boleh dimakan, mayat orang Islam yang tidak menyokong PAS tidak boleh disembahyangkan, malah untuk masuk syurga, lambang atau simbol PAS harus diletakkan di bawah bantal tidur......

Sementara itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Nik Aziz sebagai orang yang "lebih dari manusia biasa" kerana kebolehan Mursyidul Am PAS itu yang boleh menentukan siapa orang Islam yang bakal masuk syurga atau neraka. Dalam masa yang sama, Dr Mahathir berkata secara sinis, "kita pun tidak tahu sama ada Nik Aziz akan ke syurga atau neraka".

No comments: