Saturday, February 7, 2009

Tafsiran Kekecohan Politik Perak


Haru biru, kecoh, porak peranda. Bermacam2 perumpamaan, ungkapan dan perkataan telah digunakan untuk mencerminkan suasana di Perak sekarang. Ada yang menganggap perbuatan Tuanku Sultan tidak termaktub dalam Perlembagaan Negeri, ada yang hendak memfailkan saman di mahkamah. Ada juga tiba2 menjadi pakar dalam mengintepresasi undang2. Ada yang umumkan bahawa dia akan derhaka perintah Sultan. Macam2 ada.

Mari kita kaji aspek politik negeri. Politik Perak agak rumit dan berlainan dari negeri2 pembangkang yang lain. Rata2, kerusi Parlimen telah dipertahankan dengan mantap oleh wakil2 Barisan Nasional tetapi banyak kecundang dalam pertandingan kerusi DUN. Corak pertandingan juga menarik, kerana di mana BN menang di peringkat Parlimen, lain pula ceritanya di peringkat DUN dalam Parlimen yang sama. Ini secara jelas menggambarkan hasrat pengundi yang meneliti calon2 kedua2 barisan. Presiden UMNO juga telah membuat kenyataan bahawa ada unsur2 sabotaj dalam parti yang menyebabkan BN kecundang di Perak terutamanya parti komponen.

Sebagai contoh, Di Parlimen Parit Buntar, Dr Muhajid (PAS) menang dengan majoriti selesa 7551 tetapi di DUN Titi Serong dan Kuala Kurau, calon PAS dan PKR hanya menang dengan majoriti 1149 dan 467. Di Gerik pula, Tan Lian Hoe (Gerakan) menang dengan selesa dengan majoriti 5573 di kawasan 74% peratus Melayu (tetapi selepas kemenangan dari undian orang2 Melayu juga, beliau mendakwa orang2 Melayu juga pendatang, bukan sahaja orang2 Cina. Ini menimbulkan kemarahan majoriti orang Melayu. Kenyataan beliau sebagai respons kepada kenyataan yang dibuat oleh bekas Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera). Di Sungai Siput, presiden MIC kalah di tangan Dr Jeyakumar dengan majoriti 1821, tetapi kerusi DUN Lintang dimenangi UMNO dengan majoriti 1376. Di Ipoh, pembangkang sapu bersih kerusi Parlimen dan DUN. Di Parlimen Lumut, Kong Cho Ha (MCA) menang dengan majoriti tipis 298, tetapi DUN Pasir Panjang menyaksikan Nizar (PAS) menang dengan majoriti 4474 dan Datuk Zambry (BN) menang kerusi DUN Pangkor dengan majoriti 5785.

Sandiwara bermula dengan Nasarudin Hashim (DUN Bota - BN) lompat ke PKR kerana katanya pimpinan UMNO sudah hilang arah. Selepas 10 hari, keluar PKR dan jadi calon Bebas, tapi menyokong BN. Sekarang BN mempunyai 28 DUN + 3 bebas manakala Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi DUN, yang majoritinya dipegang DAP. DAP mempunyai 18 kerusi DUN, manakala PAS memegang 6 kerusi, PKR memegang 7 kerusi. Selepas PRU-12, DAP menyarankan bahawa kerusi Menteri Besar seharusnya diberikan kepada DAP. Permintaan ini menimbulkan kekecohan di Perak sehingga Raja Nazrin terpaksa campur tangan dalam menyelesaikan konflik ini. Lim Kit Siang pula menyuruh DUN2 DAP untuk boikot majlis angkat sumpah. Sifat DAP yang cuba menggerhanakan kedudukan PKR dan PAS akhirnya berakhir apabila ahli2 DUN mereka sendiri lompat parti, semuanya berpunca dari Anwar yang mencadangkan kaedah melompat untuk merampas kerajaan persekutuan dari BN.

No comments: