Friday, January 9, 2009

Umat Islam Lemah, Palestin Menjadi Mangsa



Palestin telah menyaksikan beberapa pertukaran pemerintahan sejak 3000 tahun yang dulu. Orang Islam telah memerintah jajahan ini selama 8 kurun, Yahudi selama 2 kurun dan sebelum itu dikuasai oleh Farsi dan Rom (Byzantine).

Menurut kitab Hebrew pula, keturunan Nabi Ibrahim telah dijanjikan tanah oleh Tuhan dan tanah ini kerap dipanggil "the Promised Land" (Israel pula bermaksud "Land of the Hebrew"). Penurunan kitab kepada Nabi Isa juga dikatakan telah berlaku dalam kawasan Palestin.

Mengikut sejarah, orang2 Yahudi (yang bukan pendatang dari Eropah, tetapi orang2 asal tanah Palestin) telah mendirikan kuil pertama sewaktu pemerintahan Raja Sulaiman (King Solomon), 1000 tahun sebelum Masihi.

Mereka diserang oleh tentera Asyria (Iraq masa sekarang) dan dihantar ke Babylonia. Selepas penubuhan empayar Farsi, mereka kembali ke Palestin dan diberi tanah untuk penempatan semula.

300 tahun sebelum Masihi, Farsi dikalahkan oleh empayar Greek diketuai oleh Iskandar atau Alexander the Great. Selepas kejatuhan Iskandar, kawasan jajahan empayar itu dibahagi antara jeneral2 Alexander. Berlaku beberapa perang saudara untuk merebut tanah. Selepas itu, dunia menyaksikan kebangkitan empayar Rom yang menakluki sebahagian besar Eropah dan kawasan Mediterranean.

Sekitar tahun 630 menyaksikan pemerintahan Palestin oleh Saidina Omar, salah seorang Khalifah. Orang Yahudi dibenarkan kembali ke Palestin setelah diusir oleh penjajah Rom dan dibuang negara selama 500 tahun. Masjid Al-Aqsr juga dibina pada zaman pemerintahan beliau. Selepas pemerintahan Saidina Omar, Palestin terus diperintah di bawah empayar Islam (Mesir dan Ottoman) sehingga tahun 1917.

Selepas Perang Dunia II, dunia telah menyaksikan pemindahan pendatang2 Yahudi dari Eropah yang tidak bertanah dan ditempatkan di Palestin untuk berlindung dari kekejaman Nazi. Tanah penempatan untuk pendatang-pendatang asing ini diberi status negara oleh Amerika Syarikat dan Britain. Sikit demi sedikit, orang2 Yahudi merampas tanah jajahan mereka. Sekarang orang2 Palestin pula diusir seperti mana Yahudi diusir oleh tentera Byzantine.

Jiran-jiran Arab beberapa dekad dahulu sememangnya memihak saudara2 Islam mereka dari Palestin. Beberapa peperangan telah tercetus antara negara2 Islam dan tentera Israel, yang memang hebat dengan peralatan canggih mereka buatan sendiri dan Amerika. Lama kelamaan, jiran2 ini seolah2 telah dibeli satu persatu oleh Amerika dengan dana2 dari carigali minyak dan gas.

Kuasa2 Arab juga tercabar apabila Palestin menjalankan pilihanraya mereka yang pertama, meletakkan Hamas sebagai pemerintah negara. Ini merupakan titik permulaan demokrasi di benua Timur Tengah. Mungkin orang2 Arab takut hilang kuasa, takutkan dengan negara2 Imperialis yang lebih kuat atau tiada minat untuk mempertahankan saudara2 Islam mereka. Yang pasti, semuanya hanya memberi omong2 kosong sahaja. Resolusi2 yang diputuskan oleh PBB akan sentiasa diveto oleh Amerika. Resolusi PBB tidak akan mematahkan serangan dan bedilan tentera Zionis yang biadap.

Pencerobohan baru2 ini seolah2 dilakukan untuk menarik perhatian umum dari bimbang dengan kegawatan ekonomi Amerika yang begitu tenat. Nampak gayanya, hanya ada dua cara sahaja untuk menyelesaikan masalah ini, dari segi ekonomi atau ketenteraan.

Dari segi ekonomi, negara2 Islam boleh bersatu dan memboikot penggunaan dolar Amerika. Hanya dengan cara ini negara Amerika akan dipaksa membuat sesuatu dan kembali ke meja rundingan. Tetapi hal ini tidak akan berlaku kerana peperangan merupakan salah satu sumber ekonomi utama Amerika. Serangan ekonomi mungkin tidak efektif kerana dunia masih memerlukan produk keluaran Amerika. Maka, kita hanya mempunyai satu cara yang tinggal untuk menyelesaikan konflik ini.

Tuhan tidak akan mengubah nasib kita kecuali kita berusaha untuk mengubah nasib kita. Boikot dan bantahan suara boleh dibuat, cuma ianya tidak mencukupi kerana tentera Zionis yang tidak mempedulikan komuniti dunia. Kalau negara Islam mengambil tindakan individu, kesannya tidak seberapa kerana negara Islam masih lemah dari segi ekonomi dan ketenteraan. Hanya dengan kerjasama yang erat dan akrab dapat mematahkan serangan luaran. Tetapi kerana kedegilan orang2 Arab, saya berpendapat bahawa konflik ini akan berterusan sehingga seluruh kawasan Palestin dijajah sepenuhnya.

Umat Islam di rantau itu sememangnya lemah. Pihak yang saya labelkan lemah bukannya orang2 Palestin yang bersemangat tinggi untuk sentiasa menentang kekejaman Zionis. Orang2 Islam lemah yang saya labelkan adalah jiran2 Palestin yang hipokrit dan mementingkan diri sendiri sahaja. Orang2 Islam di Malaysia perlu mengambil iktibar dari episod yang amat sedih ini.

2 comments:

Anonymous said...

tahu x kenapa umat islam lemah, bukan di arab sahaja, di malaysia juga dan dimana-mana. rasulallah s.a.w dah beribu tahun dahulu bersabda, "umat islam akan jadi macam buih di lautan". Kita sekarang ni buih di lautan la, lemah, ramai tapi x guna. Sebab tu kita kena berubah, salah satu sebab kita lemah adalah kengganan kita taat kepada Allah, Al-Quran, Sunnah dari nabi, dan agama Islam.

Sebab tu saya masih hairan kenapa pemimpin2 sekarang masih x mahu ikut Al-Quran dan Sunnah 100%. 2 benda ni yang akan menguatkan kita balik, bukannya boikot barangan US.

Saudara, ini bukan politik, ini agama. Hari ni kalu BN cakap BN akan mula mengikut Al-Quran dan Sunnah dalam perlembagaan negara, hari ni juga saya pergi pangkah BN, daftar jadi putera UMNO, pegi kempen free untuk BN kat KT. Masalahnya pemimpin dalam BN memang x mahu ikut.

Saya bagi contoh, apabila ulama kat malaysia nak haramkan Syorheboh, pemimpin dalam BN tolak kata-kata ulama dengan mengatakan, "kita tidak boleh ikut kata-kata ulama kerana perlembagaan negara kita bukanlah berasaskan agama". saudara nampak tak. Menteri mana cakap saya tak payah nak mention kat sini. Saudara, undang-undang kita pakai sekarang adalah undang-undang penjajah yang digubal untuk melemahkan kita, umat islam.

So x guna kita boikot-boikot kalau kita sendiri x nak berunah, masih tolak ajaran Allah sendiri, terlalu cintakan dunia, tolak Islam. Saya yakin kalau kita kembali kepada ajaran Allah kita akan bertambah kuat dan maju, saya yakin 100%.

saudara cakap benda ni kat rakan seperjuangan saudara. Kalau BN boleh tukar pendirian sikit, dengar cakap ulama, cuba kembali kepada Islam dalam pemerintahan negara, BN akan dapat sokongan penuh saya.

Anonymous said...

nak tau kenapa umat Islam kecut??sebab tiada kerohanian keNABIan,,apa yg saya maksudkan...siapa yang kalahkan Raja Namrud?? -Nabi Ibrahim,,siapa yang kalahkan Firaun?? -Nabi Musa,,dan siapa kalahkan Rom dan Parsi??kerohanian kenabian,,O.k,,dah terang2 dlm Al-Quran hanya dgn kerohanian keNABIan shj dapat kalahkan kuasa2 besar..tapi knpa nak boikot??Nabi pnh buat ker??Nabi dihantar hny buat dakwah,,kalau smua umat Islam buat dakwah cara Nabi Muhammad s.a.w pasti dan pasti tiada siapa yang boleh kalahkan Islam!!o.k,,masalah kita xnak buat dakwah,,masih CINTAkan dunia yg akan kita tinggalkan esok!!bila kita ada kerohanian keNABIan,,sekali aje seruan perang smua umat kan bangkit,,sebab syahid fi sabilillah jadi impian,,try ikut tabligh,,kan jumpa ape Islam yang sebenar!!