Saturday, December 20, 2008

Calon Barisan Nasional P36 Kuala Terengganu


YAB TPM mengumumkan YB Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu sebagai Calon BN untuk Pilihanraya Kecil Parlimen P36 Kuala Terengganu.

Dalam kemelut politik di Terengganu di antara pihak Dato' Seri Idris dan Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said, UMNO dan Barisan Nasional perlu menepikan isu-isu dalaman yang remeh dan harus fokus untuk memenangi kerusi ini. Di antara topik-topik yang akan dibangkitkan oleh pembangkang adalah pembelian kereta Mercedes untuk MB dan Exco negeri, pembinaan Masjid kristal, duit royalti minyak (tabung wang ehsan) dan isu perlantikan Menteri Besar selepas pilihanraya umum ke-12.

PAS sekarang kelihatan diketepikan dan diperkecilkan oleh sahabat handai DAP dalam isu-isu agama (seperti perlaksanaan Hudud) dan pentadbiran negeri di Kedah dan Selangor. Sentimen perkauman dan agama jelas diutarakan tanpa menghormati sentimen orang2 Melayu Islam di negara ini. Majlis Peguam Negara juga yang rata-rata mempunyai tali persahabatan yang erat bersama ketua-ketua Hindraf bermain dengan api apabila membuat forum terbuka mengenai pemelukan agama Islam. Hanya YB Zul Nordin (PKR Kulim) yang berani mempertahankan kedaulatan agamanya.

Nak memeluk agama Islam dianggap memberi masalah kepada sesetengah pihak. Azan dianggap bising dan mengganggu ketenteraman awam. Kepala babi dipacak di perkampungan orang Islam. Kedaulatan raja2 dipersoalkan dan dihujah oleh pihak pembangkang. Nak buat jamuan hari raya pun disekat kerana demonstrasi. Nilai adab dan sopan santun yang menjadi kebanggaan sifat orang2 Asia telah lupus di Malaysia. Inilah sahabat2 handai Pakatan Rakyat yang hanya mengambil kesempatan kerana kelemahan Barisan Nasional sendiri.

Persoalannya ialah adakah rakyat Kuala Terengganu akan memangkah PAS kerana menolak sesetengah pemimpin UMNO tetapi sanggup melihat PAS diperlekahkan oleh sahabatnya DAP?

No comments: