Saturday, November 15, 2008

Komen a.fauzi dalam chedet.com : Peralihan Kuasa (untuk renungan)

Ini kali pertama saya memyuarakan pendapat saya ke alam siber. Peringatan: Undi anda adalah rahsia.

PRU ke-12 bukanlah kali pertama saya mengundi, tetapi itulah kali pertama saya bertindak seperti perenggan 10. Di kalangan keluarga, tidak seorang pun yg mengetahuinya. Buat pengetahuan semua, kedua-dua ibubapa saya adalah peraih undi untuk BN pada pilihanraya lepas. Mereka bukan orang kuat atau berjawatan pun. Cuma mereka sayangkan UMNO.

"Payung orang Melayu", kata mereka. Saya bukanlah orang yang aktif berpolitik, lantang menyuarakan pendapat dsbg.. saya hanya org "kebanyakan".

Ketika di petak undi, saya terfikir, "Betulkah tindakan saya?.. adakah saya sorang saja yang berfikir dan bertindak begini?". Tetapi ayat "kebanyakan" itu sahaja sudah cukup menerangkan sifat dan keadaannya. BANYAK org buat begitu pada pilihanraya lepas.

Tetapi betapa kecewanya, mesej yang kami sampaikan tak mendapat perhatian yang sewajarnya. Malah lebih teruk, kami dilabel sebagai "pensabotaj".

Pada saya, saya hanya menggunakan hak saya sebagai seorang warganegara. Ahli UMNO mesti pangkah BN ke, kalau pemimpinnya menjahanamkan agama, bangsa dan negara? Bayangkan pula ibubapa saya yang seikhlas hati dan seumur hidup menyumbang kepada UMNO dan BN selama ini.

Saya berdoa agar Tun dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan untuk terus memberi "buah fikiran" dan "penjelasan yang bijaksana" demi negara bertuah ini.

Wassalam

No comments: