Thursday, September 3, 2009

Era Baru: 2 Ogos Genaplah 35 Tahun Kepergian Tun Dr Ismail


..........."Sebagai Timbalan Presiden UMNO, beliau sangat prihatin tentang keadaan UMNO dan apabila perwakilan UMNO semakin bertambah setiap tahun dan tidak ada dewan yang menampung kehadiran ahli-ahli di Perhimpunan Agung sehingga terpaksa diadakan di The Dragon Court, Hotel Merlin yang kecil dan sempit, maka Tun Dr Ismail telah meminta Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencari sebidang tanah untuk tujuan mendirikan bangunan UMNO sendiri.

Ekoran dari itu, jawatankuasa bangunan telah dibentuk dan dipengerusikan sendiri oleh beliau dan timbalannya ialah Tun Hussein Onn. Begitu tegas pendiriannya sehingga sanggup berkata yang UMNO tidak akan mengambil seinci pun tanah kerajaan untuk mendirikan bangunan sebaliknya UMNO telah membeli sebidang tanah melalui usaha Tengku Razaleigh yang memikul tanggungjawab seperti yang diamanahkan kepadanya oleh Tun Dr Ismail. Tengku Razaleigh menyifatkan Tun Dr Ismail yang beliau kenal baik dan rapai sebagai "a real Malaysian and a pillar of strength during that period". Ada juga yang menyifatkannya seperti "Rock of Gibraltar".

Apabila Tun Dr Ismail mengetahui tentang penyakit yang sangat berbahaya yang dihadapi oleh Tun Razak dan dalam keadaan kesihatan beliau sendiri yang membimbangkan rakyat dan negara, Tun Dr Ismail telah melahirkan perasaannya pada 30 Mac 1970 dengan kata-kata seperti ini; "with Tun Razak a doomed man, my heart operation became vitally important not only to myself and my family, but to the whole nation. Between the Tunku, Tun Razak and myself on the one hand, and all the other politicians on the other, there was a wide gap in leadership. With Tunku past his prime, Tun Razak a doomed man although unknown to the nation, everything seemed to depend on me"......

Wednesday, September 2, 2009

More By-Elections

More distractions from the other side to divert attention from real issues:

'Letak jawatan jika tak mampu berkhidmat'
Ogos 21, 09 9:35am
Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah supaya melepaskan jawatannya jika tidak mampu berkhidmat untuk rakyat.

Beliau berkata langkah meletakkan jawatan adalah yang terbaik sekiranya sudah tidak mampu berkhidmat kepada rakyat kerana PKR tidak akan mensia-siakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Tuesday, September 1, 2009

Nut Graph: PAS tunjuk belang

By Shanon Shah:

"MENURUT Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS, konsert Michael Learns to Rock pada 5 Sept 2009 kelak "akan membawa umat leka dan lalai malah merosakkan moral dan akhlak mereka". Daripada ayat ini saja, saya sudah boleh agak yang tidak ada sesiapa pun dalam Pemuda PAS yang pernah mendengar lagu Michael Learns to Rock.

Bagi saya, Michael Learns to Rock adalah kumpulan muzik yang paling membosankan di dunia. Bila saya terdengar lagu mereka berkumandang di pasar raya atau restoran, saya akan keluar dari tempat-tempat sedih ini. Bila lagu mereka diputarkan di radio atau televisyen, saya akan matikan bunyi dengan serta-merta. Ya, kalau saya ditahan dalam lokap, satu kaedah yang paling berkesan untuk mendera saya ialah dengan memaksa saya mendengar lagu Michael Learns to Rock. The Actor? Sleeping Child? 25 Minutes? Bunuhlah saya, bunuh saya sekarang".